Bahaya ALAHAN di waktu kehamilan??

Alahan ketika hamil???

Saya juga alaminya dari kandungan pertama hingga kandungan ketiga.. namun, , alhamdulillah semuanya ok.. kandungan kali ni..merasa alahan hampir 4bulan mmg teruk sangat jugak..
Syukur selepas 4bulan ia beransur ringab..alahan tetap ada tapi boleh dikawal.. alhamdulillah

Bahaya jgk alahan ni sebenarnya. .baru terbaca artikel wanita hari ini..

Jom.. saya kongsikan di sini..sama2 kita baca n moga bermanfaat ^_^

Ketika hamil, loya, mual dan muntah merupakan alahan atau morning sickness yang normal. Walau bagaimanapun alahan yang terlalu berlebihan boleh memudaratkan diri dan kandungan.
Dianggarkan lebih kurang 50 hingga 90 peratus wanita hamil mengalaminya. Sebagi makluman, morning sickness lazimnya berlaku pada awal usia kehamilan iaitu di minggu kelima hingga keenam. Tahap paling teruk ialah pada minggu kesembilan. Namun, ia akan beransur-ansur pulih apabila kandungan mencecah usia minggu ke-16 hingga ke-18.

Alahan keterlaluan
    Terlalu kerap muntah di mana ia berlaku tidak kira masa, urin mengandungi ketosis serta tidak berselera makan sehingga berat badan menurun lima peratus daripada berat badan asal. Masalah ini dikategorikan sebagai hyperemesis gravidarum.
    Simptom masalah hyperemesis gravidarum termasuklah wajah kelihatan pucat, sakit kepala, pening, mudah letih dan tidak bermaya serta kekurangan air.
    Pada peringkat pertama hyperemesis gravidarum, anda akan mengalami muntah antara tiga hingga empat kali sehari. Pada masa yang sama, anda tidak berselera makan atau minum dalam tempoh 24 jam sehingga tubuh menjadi lemah. Penurunan berat badan yang ketara sehingga dua ketiga kilogram dalam tempoh masa satu hingga dua minggu.
    Peringkat kedua Hyperemesis gravidarum, anda menjadi lemah sehingga tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekitar. Denyutan nadi juga semakin mengecil dan cepat, suhu meningkat dan mata agak kuning dan cengkung. Berat badan dan tekanan darah menurun, darah menjadi pekat, air kencing berkurangan dan anda sukar membuang air besar.
    Keadaan adalah lebih teruk pada peringkat ketiga. Anda tidak lagi mengalami muntah tetapi tidak sedarkan diri. Nadi mengecil dan cepat, suhu meningkat, tekanan darah menurun.
Sekiranya anda mengesyaki diri berkemungkinan mengalami hyperemesis gravidarum pada awal usia kandungan, maka segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor agar pengesahan dapat dibuat. Langkah ini sangat penting agar rawatan lanjut dapat dilaksanakan agar tidak mendatangkan masalah kepada anda dan kandungan sepanjang melalui proses kehamilan dan kelahiran kelak. 

Golongan berisiko tinggi mengalami hyperemesis gravidarum:
    Wanita muda berumur 30 tahun ke bawah terutamanya yang pertama kali hamil.
    Menghidap migrain, tiroid dan kencing manis.
    Faktor keturunan
    Pernah mengalami hyperemesis gravidarum kehamilan sebelum itu, berisiko pengalaman yang sama
    Wanita yang hamil anak perempuan lebih berisiko tinggi mengalami hyperemesis gravidarum.
    Peningkatan dan perubahan hormon kehamilan yang mendadak, perubahan metabolik dalam kehamilan, alahan terhadap sesuatu dan faktor psikoligikal di mana gaya hidup penuh stres. Malah, terdapat juga kes hyperemesis gravidarum berkaitan dengan kehamilan kembar.
    

Juga dikaitkan dengan tekanan emosi, masalah sistem penghadaman yang tidak dapat berfungsi dengan baik serta pengambilan diet yang mengandungi lemak terlalu tinggi.
Kesan Hyperemesis gravidarum
    Kekurangan zat makanan yang ketara, kekurangan air dalam badan sehingga mengalami gangguan elektrolit dan kehilangan berat badan secara ketara. Tidak terkecuali masalah tekanan darah tinggi, hati dan buah pinggang.
    Pendarahan di tekak dan retina sehingga mengganggu gugat fungsi asalnya.
    Kekurangan thiamine lalu menyebabkan koma dan meninggal dunia.
    Membahayakan kandungan. Ibu yang tidak cukup khasiat pemakanan akan menyebabkan pertumbuhan bayi dalam kandungannya terencat, kelahiran pramatang. Bayi juga boleh meninggal dalam kandungan namun hal ini amat jarang berlaku.

No comments:

Post a Comment

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...