resepi puding roti dengan sos kastard sedap

Selamat petang~~~

Wahhhh..hatiku gumbira.... sebab???? Banyak order shaklee masyukkk..alhamdulillah rezeki Allah kannn... selain tu, sy gumbiraa sebab berjaya bubuat puding tauhu laici harini. .. sambil lari2 dan menyemput gakla. ... ahaha kejap2 baby ammar nangis. ..maklumlah abg2 nya main bukan pandai perlahan2.. haishhh.. tuu tunggu sejuk je then boleh la kita ngap jap lagi. ..


Tetiba teringat plak kat satu desert yang sy selalu buat dan agak terer la kononye..hihikkk.. resepi nya saya rujuk buku resepi desert keluaran PTS PUBLICATION DAN DISTRIBUTORS...bila selalu buat mmg ingat jer dlm otak.. kalo dh lama xbuat..kadang2 lupe...ahaha so kelam kabut nak cari buku. .

So baru terfikir nk gooogle..jumpela dengan resepi ni.. sy copy paste dari sini  http://husnazahidi.blogspot.com/2014/06/resepi-puding-roti-bakar-dengan-sos.html?m=1


Tq pada owner blog tersebut...sebenarnya resepinya sama dengan resepi saya selalu buat tu.. so senang saya kongsi di sini..esok2 kalo nak buat..haaa buka je blog sndiri kan??? Lepas beranak ni rasa lebih bijak pulak. .. wakakaka...

Haaa resepi yg saya maksudkan tu adalah RESEPI PUDING ROTI DENGAN SOS KASTARD!!!

memang sedap.. kalo buat..anak2 saya memang sukaaa bangat!

Ermmm rasa nk buatla... huhu esok2 ke xpun weekend nti..

Sementara tu jom layan resepinya dulu...zasss




Bahan-bahan untuk puding roti:
8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (cairkan)
1 kotak kecil kismis

Bahan-bahan untuk sos kastard:
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya:

1. Masukkan susu segar, gula halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati, husna kacau guna mixer je, senang nak sebatikan semua.. lepas tu jangan syok plak sampai kembang setaman adunan tu.. Cukup lah sekadar telur tu dah pecah elok pastu boleh mesra dengan yang lain..

2. Carikkan roti dalam 4 bahagian, dan masukkan dalam bekas adunan, biar terendam dan meresap sekejap.. Masukkan marjerin yang dah dicairkan serta separuh kismis kedalam bekas tadi dan gaul sedikit..

3. Sapukan sedikit marjerin dalam loyang untuk membakar.. Tuangkan roti yang telah direndam tadi dalam loyang pembakar.. Taburkan baki kismis atas adunan.. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.. Kalau risau hangit, pepandai adjust.. mulakan dengan beberapa minit dahulu, lepas tu kalau tak masak lagi, masukkan semula tambah minit..

Untuk sos kastard:

satukan bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk.. petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati.. dah larut/hancur baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana.. masak sampai pekat.. kepekatan sos terpulang pada selera.. dah sejuk nanti lagi pekat sebenarnya..

Nampak menyelerakan je pic ni kan??? Haha kalo saya buat selalunya mmg xde rupa..tapi bila rasa..haaa mabeles..hijik hahaha tetiba terperasaan plak..

Ok la u ols... kalo senang2 bolehla cuba okesss...

Haa..kalo nak shaklee..jangan lupe roger saya..dah makan sedap2 mesti kne jaga takut bertempek2 plak lelemak..
opsss


Jika anda berminat untuk mendapatkan PRODUK SHAKLEE

ATAU

 NAK TAHU lebih lanjut??

 JOM PM sy!! Harga ISTIMEWA menanti..

 Add fb personal sy >>>>http://www.facebook.com/CtZubaidahAbdulla?ref=tn_tnmn

 Feel free to visit my blog>>>http://ummiadamahnaf89.blogspot.com/

 HUBUNGI :

• SITI ZUBAIDAH ABDULLAH
• Shaklee ID 868415
• fb: Ct Zubaidah Abdullah
• ct_zet89@yahoo.com
 • 013-2070383 (whatsApp/sms/call)
Free consultation for every purchase

 COD area SELAYANG,GOMBAK, GREENWOOD dan KEPONG serta kawasan sekitarnya.. Perkhidmatan

POS LAJU juga disediakan untuk penghantaran ke seluruh MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...